KUALA LUMPUR: Biarpun sudah lanjut usia dan mengalami masalah penglihatan, ia bukan penghalang bagi Rokiah Arshad, 72, untuk belajar sehingga berjaya khatam al-Quran, bersempena Nuzul al-Quran, Khamis lalu.
Rokiah adalah antara 120 peserta program Jom Celik Al-Quran anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ), yang diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
Nenek kepada 13 cucu itu berkata program tersebut banyak membantunya mempelajari ilmu agama serta memperbaiki teknik membaca kitab suci itu walaupun terpaksa menggunakan kanta pembesar akibat masalah selaput mata yang mengehadkan penglihatannya.
"Nenek sangat seronok, bertuah dapat khatam al-Quran hari ini dan tidak ada rasa segan dalam usia begini untuk terus mencari ilmu dan membaca al-Quran.
"Memang perlu guna kanta pembesar setiap kali membaca (al-Quran), tapi tidaklah terlalu sukar... cikgu yang mengajar banyak membantu nenek," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi MAIWP Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata program tersebut dilaksanakan khusus bagi golongan asnaf yang buta al-Quran dan merupakan antara inisiatif ke arah menjadikan program agihan zakat MAIWP sebagai program berimpak tinggi.
Beliau berkata MAIWP mahu memastikan bahawa golongan asnaf itu bukan hanya dibantu dalam bentuk material dan kewangan, malah turut disantuni dari aspek rohani.
"Program ini satu kejayaan kerana kami berjaya mengajar mereka sehingga khatam dalam tempoh 17 hari (bermula 18 Julai 2020) dan majlis khatam al-Quran ini sepatutnya diadakan tahun lepas, namun tertangguh susulan penularan COVID-19," katanya.
Beliau berkata program itu akan diteruskan pada masa hadapan dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 120 peserta berjaya khatam al-Quran setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
Rokiah berkata program Jom Celik Al-Quran banyak membantunya mempelajari ilmu agama serta memperbaiki teknik membaca kitab suci itu walaupun terpaksa menggunakan kanta pembesar akibat masalah selaput mata yang mengehadkan penglihatannya. - BERNAMA
Aepul Roza akui tumpang publisiti, populariti libatkan kontroversi artis
Jelas Aepul, langkah yang diambil tepat dengan situasi yang menggemparkan industri seni tempatan jika memandang dari aspek perniagaan dan bisnes.
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Cuepacs yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Fokus Minggu Depan: Era baharu kepimpinan Singapura
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
JS-SEZ: Johor cadang wujud dasar kekang spekulasi lonjakan harga hartanah
Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk mewujudkan dasar bagi mengekang spekulasi mengenai lonjakan harga hartanah susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ).
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
Orang ramai beri penghormatan terakhir buat mendiang Mutang
Lintas langsung wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik dari Miri bagi upacara penghormatan terakhir Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal.
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Ketakutan kepada PAS, faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Bagaimanapun, Hisomuddin berkata kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu tidak boleh disimpulkan dengan naratif bahawa orang Melayu 'kembali' menyokong gabungan berkenaan.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.